Ferrari telah melancarkan versi terkini kereta lumba iaitu Ferrari 488 GT3, GT3 Evoluzione (atau Evo). Peraturan FIA menetapkan bahawa pengeluar dibenarkan menghasilkan sama ada kereta baru atau kit Evo dalam setiap kitaran homologasi selama tiga tahun.
Sebagai sebuah Evo, Ferrari 488 GT3 terbaru memberikan beberapa perubahan berulang untuk meningkatkan aerodinamik, pengendalian, ergonomik, keselamatan, dan kebolehpercayaan.
Walaupun bukan kereta serba baharu, Ferrari berkata lebih daripada 18,000 jam simulasi dinamik bendalir berkomputer dilakukan, dengan dua hasil direka bentuk menjadi bampar depan, menghasilkan muncung yang lebih kecil dan memberikan kestabilan yang lebih baik dari segi kelajuan.
Penambahbaikan aerodinamik lain termasuklah ruang aliran udara pada spoiler yang direka semula, dan corong udara di fender depan yang lebih besar untuk membolehkan aliran udara yang lebih baik ke bahagian badan kereta.
Jarak di antara roda jentera ini sama seperti model 488 GTE untuk mengoptimumkan penggunaan tayar dan menjadikan penukaran dari GT3 ke GTE lebih mudah. Berat jentera ini telah dikurangkan, tetapi meningkatkan berat ballast untuk menurunkan pusat graviti kereta dan masih mematuhi peraturan Imbangan Prestasi FIA.
Sistem brek ABS, traction control, dan sistem pengurusan enjin semuanya telah diubahsuai juga. Peralatan pilihan termasuk sensor untuk tahap penyejukan, penyelenggaraan mengisi minyak dengan lampu amaran, dan lampu utama LED.
Di dalam kabin, sedikit perubahan telah dilakukan dan disertakan dengan kerusi baru Ferrari yang dibangunkan dengan Sabelt. Walaupun maklumat harga belum dikeluarkan, Ferrari 488 GT3 Evo akan tersedia untuk pelanggan pada tahun depan. Semua bahagian juga akan disediakan sebagai alat ganti untuk 488 GT3 yang ada.