BMW M2 CS 2020 bakal hadir dengan lambakan gentian karbon

2320

BMW M2 CS yang sangat dinanti-nantikan telah dipaparkan oleh laman web Jalopnik, yang telah menyiarkan gambar dan butiran mengenai model yang akan datang itu.

BMW M2 CS dikuasakan oleh enjin 3.0-liter enam silinder twin-turbo yang menghasilkan 444hp dan 550Nm tork. Ini adalah peningkatan yang lebih baik berbanding model M2 Competition yang mampu menghasilkan 405hp dan 550Nm tork.



Enjinnya dilaporkan dipasangkan dengan transmisi manual enam kelajuan standard yang membolehkan jentera ini memecut dari 0-96km/j dalam masa 4.0 saat. Transmisi dual-clutch tujuh kelajuan juga boleh didapati dan ia berupaya memecut dari 0-96km/j dalam masa 3.8 saat.

BMW M2 CS telah dilengkapi dengan sistem penggantungan M Adaptive dan sistem ekzos sport dengan injap kawalan elektronik. Penampilan model ini juga sangat menarik hasil daripada  penggunaan gentian karbon yang meluas.

Tidak ada maklumat mengenai berat jentera, tetapi kereta ini mempunyai beberapa komponen gentian karbon termasuk splitter depan, spoiler belakang dan hud. Bumbung juga diperbuat daripada bahan serat karbon dan begitu juga cermin sisi.

Gaya yang sporty diteruskan di bahagian dalam dengan kerusi pemandu akan disertakan dengan kerusi kulit dan Alcantara sport dengan jahitan kontras dan aksen tiga warna pada perehat kepala pada kerusi bahagian hadapan. Selain itu, akan disediakan stereng yang dibalut dengan Alcantara, pintu gentian karbon menarik dan kemasan M  pada papan pemuka.

Pengeluaran dilaporkan akan terhad kepada 2,200 unit dan hanya 500 unit daripadanya akan tiba di Amerika Syarikat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here