
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini. Kini semua pemilik kereta mampu menikmati minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dengan harga berpatutan.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk. Dengan Teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan.

Produk ini diperkenalkan selepas dua lagi varian Shell Helix HX8 berada di pasaran, iaitu 5W 40 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter). Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik.
