Trak pikap elektrik Tesla Cybertruck akan hadir hujung bulan ini

1766

Tesla akan mempertontonkan kepada umum trak pikap elektrik yang dinantikan, iaitu Tesla Cybertruck, hujung bulan ini. Perkara itu disahkan oleh CEO syarikat itu, Elon Musk.

Menurut Musk, beliau berkata di Twitter, “Cybertruck akan dipersembahkan pada 21 November ini di kilang SpaceX Rocket di Los Angeles.”

Tarikh itu juga serentak dengan Los Angeles Motor Show, dan persamaan tarikh itu memang disengajakan.



Tidak banyak yang diketahui mengenai Tesla Cybertruck, tetapi dia berkata ia akan mempunyai saiz sama dengan Ford F-150, berharga kurang dari USD50,000 (RM206,680) dan akan lebih berupaya dari semua pesaingnya.

Dari segi rekabentuk, segalanya berbentuk spekulasi buat masa ini. Bulan lepas, Musk tweet lagi: “Cybertruck tidak sama dengan mana-mana yang saya lihat di internet. Ia lebih dekat dengan kenderaan pembawa orang bersenjata dari masa depan.”

Dengan itu, kita tidak boleh merujuk kepada rajah lakaran trak pikap ini yang disiarkan oleh Autocar.

Trak pikap masih menjadi kenderaan terlaris di Amerika Utara, jadi keputusan itu masuk akal dari sudut kewangan.

Ford telah menjual lebih dari 900,000 trak F-series pada 2018, menjadikannya kenderaan paling laris di AS. Ford merancang untuk memperkenalkan versi elektrik F-150 sebelum 2022.

Pelan Testa ini menjangkaui trak pikap dan akan turut merangkumi crossover Model Y yang akan mula dihantar kepada pelanggan beberapa bulan dari sekarang, selain Roadster baharu dan lori elektrik Semi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here