
Seorang lelaki bernama Brent Walter berjaya mengubah beberapa bahagian Volkswagen (VW) Beetle menjadi motor mini yang diberi nama Volkspod.
Tidak semua orang yang mahu barangan atau kenderaan lama terbuang begitu sahaja. Segelintir daripada mereka cuba menjadi kreatif dan mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik dan berguna.
Hal inilah yang dilakukan Brent Walter. Dipetik dari Designboom, dia menukar sepasang bahagian sisi Volkswagen (VW) Beetle kepada 2 motosikal mini yang sangat unik.
Untuk membuat motosikal mini bernama Volkspod ini, Brent Walter membuat rangka khas untuk memuatkan enjin 79 cc. Enjin itu akan menyalurkan prestasi ke roda belakang melalui rantai.
Dia menggunakan roda aloi 13 inci dan tayar yang lebar. Selain itu, Brent Walter juga menyusun hendal, tempat duduk, lampu depan, lampu belakang, serta beberapa logo pengeluar kereta dari Jerman tersebut.
Volkspod ini tidak mempunyai transmisi seperti kebanyakan motosikal yang lain yang mempunyai transmisi tersendiri. Walau bagaimanapun, Brent Walter menyertakan brek drum pada tayar belakang. Malah, terdapat pemijak kaki yang disediakan untuk penunggang.
Difahamkan untuk menghasilkan Volkspod ini mengambil masa sekitar 1 tahun. Pada mulanya, Brent Walter membuat jentera yang bewarna hijau dan kemudian disusuli oleh yang biru dimana ia dikuasakan oleh enjin 212 cc yang lebih besar dan mempunyai brek depan.