Biar betul ini Nissan Sentra! Memang betul-betul lawa

4362

Nissan sedang mengemas kini barisan sedan mereka dan model seterusnya yang akan menerima pembaharuan ialah Nissan Sentra. Menurut Car & Driver, sedan baru itu akan diumumkan pada 19 November – beberapa hari menjelang Pameran Auto Los Angeles.

 



Nissan tidak mendedahkan banyak maklumat tentang Nissan Sentra 2020, tetapi ia dijangka mengikuti jejak langkah Nissan Sylphy yang diperkenalkan pada Shanghai Motor Show awal tahun ini. Oleh itu, ia pastinya akan disertakan gril V-Motion yang diapit oleh lampu hadapan yang langsing.

Pada bahagian belakang, kemungkinan terdapat bonet belakang diukir cantik, cermin rakish dan reka bentuk badan yang diselaraskan. Oleh kerana model ini juga menyerupai Altima dan Maxima, pastinya ia menerima kemasan hitam pada tiang C.

Gaya mewah akan diteruskan pada bahagian dalam kabin dan pengguna boleh mengharapkan untuk mendapat bahan yang berkualiti tinggi dan padana switchgear yang baru. Butiran akan diumumkan pada minggu hadapan, dan kemungkinan jentera ini juga disertakan dengan stereng three-spoke yang terletak di hadapan kelompok instrumen baru dengan paparan digital 7-inci. Di sebelah kiri, mungkin terdapat sistem infotainment 8-inci yang dipasang di atas lubang penghawa dingin dan kawalan baru untuk sistem kawalan iklim.

Laporan sebelum ini dikatakan kereta itu akan dilengkapi dengan enjin empat silinder 2.0 liter yang menghasilkan 149hp dan 196Nm tork. Namun perkara tersebut belum disahkan. Akan tetapi, ia akan menjadi peningkatan ketara terhadap model sebelumnya yang disertakan dengan enjin empat silinder 1.8 liter yang berupaya menghasilkan hanya 124hp dan 169Nm tork.

*Gambar Nissan Sylphy 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here