Max Verstappen kunci kedudukan pole di Grand Prix Brazil

1081

Max Verstappen kunci kedudukan pole kali kedua dalam kerjayanya pada Grand Prix Brazil 2019 pada Ahad dimana juara dunia, Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga.

Verstappen tampil konsisten dengan jentera Red Bull untuk mengatasi pelumba dari Ferrari, Sebastian Vettel hanya dengan beza 0.123 saat. Hamilton mendahului Charles Leclerc selepas aksinya bertambah baik pada pusingan terakhir.



Leclerc akan bermula pada petak ke 14 selepas diberikan penalti pada grid 10 kerana menukar enjin. Ini menjadikan Valtteri Bottas akan bermula dipetak keempat, manakala Alex Albon petak kelima.

Hamilton, yang memenangi kejuaraan keenam dunia di Texas dua minggu lalu, berkata: “Tahniah kepada Max, ia adalah pusingan terbaik olehnya.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat memberikan saingan sengit kepada Ferrari, yang merupakan cabaran yang sukar, saya memberikan semuanya yang saya mampu, dan saya gembira saya menyampaikan prestasi terbaik saya pada sesi terakhir ini.”

Hamilton, yang menamatkan 0.191 saat di belakang Verstappen.

“Ini adalah satu perlumbaan yang sukar untuk menang,” katanya. Litar ini sangat mencabar dan terdapat banyak sejarah, tetapi saya mempunyai banyak sokongan di sini. “

Pada hari perlumbaan, Max Verstappen kunci kedudukan pole dan akan berada dipetak pertama perlumbaan, akan berusaha untuk membalas dendam untuk kegagalan tahun lepas, diikuti oleh Sebastian Vettel dipetak kedua dan Lewis Hamilton dipetak ketiga.

Keputusan penuh sesi kelayakan Formula 1 Brazil 2019:

  1. Max Verstappen (Ned) Red Bull 1min 07.508saat
  2. Sebastian Vettel (Ger) Ferrari 1:07.631
  3. Lewis Hamilton (Gbr) Mercedes GP 1:07.699
  4. Charles Leclerc (Mon) Ferrari 1:07.728*
  5. Valtteri Bottas (Fin) Mercedes GP 1:07.874
  6. Alexander Albon (Tha) Red Bull 1:07.935
  7. Pierre Gasly (Fra) Scuderia Toro Rosso 1:08.837
  8. Romain Grosjean (Fra) Haas F1 1:08.854
  9. Kimi Raikkonen (Fin) Alfa Romeo Racing 1:08.984
  10. Kevin Magnussen (Den) Haas F1 1:09.037
  11. Lando Norris (Gbr) McLaren 1:08.868
  12. Daniel Ricciardo (Aus) Renault 1:08.903
  13. Antonio Giovinazzi (Ita) Alfa Romeo Racing 1:08.919
  14. Nico Hulkenberg (Ger) Renault 1:08.921
  15. Sergio Perez (Mex) Racing Point 1:09.035
  16. Daniil Kvyat (Rus) Scuderia Toro Rosso 1:09.320
  17. Lance Stroll (Can) Racing Point 1:09.536
  18. George Russell (Gbr) Williams 1:10.126
  19. Robert Kubica (Pol) Williams 1:10.614
  20. Carlos Sainz (Spa) McLaren No Time Set

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here