Mazda CX-30 sedia ditempah hari ini, dari RM143k

2541

Mazda Malaysia telah menyiarkan secara rasmi harga untuk SUV crossover kompak terbaharu mereka, iaitu CX-30.

Bakal tiba dalam unit CBU import sepenuhnya, CX-30 akan ditawarkan dalam tiga varian. CX-30 2.0L (RM143,119.20), CX-30 2.0L High (RM164,119.20) dan CX-30 1.8L Diesel High (RM173,027.70).



Dari segi saiz, Mazda CX-30 ini akan diposisikan di antara CX-3 dan CX-5, dan akan turut menampilkan bahasa rekaan Kodo Design.

Kelengkapan luaran standard padanya termasuklah lampu depan LED dengan auto pelarasan ketinggian, lampu belakang LED dan penggilap cermin automatik.

Di dalam, 2.0L biasa mendapat penghawa dingin manual manakala dua varian teratas dilengkapi dengan penghawa dingin dwi-zon automatik serta corong pendingin hawa belakang dan kawalan asing.

Ciri lain di dalam ialah tempat duduk pemandu dengan pelarasan 10-arah, dengan tempat duduk fabrik untuk 2.0L, dan tempat duduk kulit berwarna hitam untuk 2.0L High dan 1.8L Diesel High.

 

Di bawah hud 2.0L dan 2.0L High sudah tentulah enjin petrol 2.0-liter SkyActiv-G, cukup untuk 163hp dan 213Nm tork.

Untuk 1.8L Diesel High pula, ia dijanakan oleh enjin SkyActiv-D baharu dengan sesaran 1,759cc. Enjin ini menghasilkan 116PS dan 270Nm tork dari 1,600 hingga 2,700rpm.

Kedua-dua jenis enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan, dengan kuasa dihantar ke roda depan.

8 pilihan warna ditawarkan untuk CX-30, iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Titanium Flash, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl dan Polymetal Gray Metallic.

Mazda CX-30 akan mendapat jaminan 5-tahun dan penyelenggaraan percuma 5-tahun. Kedua-duanya terhad kepada 100,000km, yang mana dahulu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here