Seperti pengeluar automotif lain, KTM juga bersedia untuk bersaing dalam pasaran skuter elektrik masa depan. KTM yang berasal dari Australia, sudah mempunyai jentera baharu untuk bersaing dalam katogeri skuter elektrik yang diberi nama KTM E-Speed.
Jentera itu sebenarnya KTM E-Speed bukanlah idea baru untuk KTM. Pada Tokyo Motor Show 2013, skuter ini telah dipamerkan. E-Speed dilengkapi dengan casis trellis dan penampilan elegan dengan coverset oren yang digabungkan dengan hitam dan putih.
Walaupun KTM pada tahun ini memperkenalkan motor yang berkuasa, KTM E-Speed seolah-olah sesuai untuk menaikkan imej KTM kepada pelanggan yang lebih muda dan mahukan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Buat masa ini, KTM sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat motosikal India, Bajaj Auto.
Mereka mengumumkan rancangan untuk melancarkan skuter elektrik mereka.
Model pertama akan menjadi e-skuter berdasarkan skuter Bajaj Chetak, yang baru dilancarkan di India.
Bajaj Chetak mampu menempuh jarak hingga 100 km, dan bernilai £ 1,500 atau setara dengan RM8053 .
Chetak bersedia untuk dijual bersama KTM di India, menerusi rangkaian peniaga Pro-Biking.