Jangan abaikan, ini tanda gegelung omboh rosak

3098

Gegelung omboh adalah komponen yang ada di dalam ruang enjin kenderaan. Tugas komponen ini adalah untuk menutup ruang antara omboh dengan blok silinder. Tujuannya adalah untuk mengelakkan aliran masuk ke ruang pembakaran. 

Komponen ini susah untuk rosak, tetapi ia pasti mempunyai jangka hayat penggunaannya. Biasanya, komponen ini rosak disebabkan oleh dinding gegelung yang terhakis, menyebabkan rongga antara piston dan blok silinder semakin meluas. Jika ia rosak, sudah tentu ia mesti diganti dengan gegelung omboh baru.



Oleh itu, terdapat beberapa tanda-tanda gegelung omboh yang rosak:

1. Asap putih dari ekzos

Tanda pertama jika komponen ini rosak ialah penampakan asap putih dari ekzos apabila enjin kereta dihidupkan. Asap putih menunjukkan terdapat pembakaran minyak di dalam ruang pembakaran. Ia mungkin disebabkan oleh gegelung omboh yang tidak lagi boleh mencegah minyak daripada memasuki ruang pembakaran.

2. Minyak enjin berkurang

Jika asap putih keluar dengan disertai dengan minyak enjin yang habis dengan cepat, anda boleh mengesyaki bahawa gegelung omboh anda sudah rosak. Cuba perhatikan setiap pagi sebelum enjin dihidupkan sama ada kuantiti minyak pada penyukat minyak enjin sentiasa berkurangan. 

3. Bunyi enjin lebih kasar

Ciri ketiga yang anda boleh ketahui dengan mendengar bunyi enjin. Apabila bunyi enjin kereta lebih kasar daripada biasa, kemungkinan tanda komponen ini telah rosak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here