Viper Niza Racing Team teruja bawa kehangatan WTCR ke Malaysia

2615

Masih segar dari kemenangannya dalam kelas TCR SPA500 perlumbaan ketahanan 24-jam di Belgium, Viper Niza Racing Team teruja membawa Malaysia dalam kemunculan sulung siri perlumbaan itu di negara ini.

Pasukan ini akan berentap dalam WTCR World Touring Car Race of Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dari pada 13-15 Disember 2019.



Pasukan Viper Niza Racing Team diketuai oleh veteran touring car 5-tahun iaitu Douglas Khoo. Beliau yang memandu SEAT Leon Cupra TCR merupakan salah satu dari tiga pelumba Malaysia dalam perlumbaan ini.

Khoo berkata, “Kami tidak meletakkan sebarang jangkaan, tapi kemenangan TCR SPA500 di Belgium baru-baru ini sememangnya memberi kami perhatian antarabangsa.”

“Tetapi itu perlumbaan ketahanan (endurance), berlainan dari WTCR yang pantas dengan 9 hingga 12 pusingan dari 3 perlumbaan dalam satu hujung minggu. Untuk WTCR di Sepang, kami bersiap sedia untuk aksi menarik sepanjang perlumbaan,” katanya.

Latar belakang perlumbaan Khoo termasuklah dalam TCR Asia Series, TCR International Series, TCR Thailand Series, TCR Asia International Series, Asian LeMans Series, Blancpain GT Series, Michelin LeMans Cup dan Sepang 12-Hour Endurance Race.

Perlumbaan WTCR World Touring Car Race of Malaysia akan membawakan 30 pemandu touring car terbaik dunia termasuklah Yvan Muller, Gabriele Tarquini, Tom Coronel, Robb Huff, Augusto Fafrus, Esteban Guerrieri, Andy Priaulx dan Tiago Monteiro.

Pengeluar kenderaan pula adalah seperti Hyundai, SEAT, Lynk & Co, Audi, Volkswagen, Honda dan Alfa Romeo.

Viper Niza Racing Team terdiri daripada mekanik dan jurutera perlumbaan dari Malaysia sepenuhnya. Pengurus pasukan, Niko Ode Prayitno berkata pasukan itu berharap dapat memanfaatkan semua data di Sepang selama ini sebagai kelebihan untuk mereka.

Pasukan itu baru-baru ini mengadakan sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang dan menjemput para media untuk sesi taxi-ride.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here