Toyota 86 Hakone diperkenalkan sempena Hakone Turnpike

1762

Terletak sekitar dua jam dari barat daya Tokyo, Hakone Turnpike merupakan salah satu lokasi terbaik di Jepun bagi menguji kelincahan jentera masing-masing dengan laluan berliku yang berlatarbelakangkan gunung ganang. Sebagai satu carai meraikan kewujudan jalan yang menjadi idaman ramai itu, Toyota telah memperkenalkan Toyota 86 Hakone Edition. Jentera ini hanya didatangkan dalam satu warna eksklusif iaitu Hakone Green.

Selain itu, Toyota 86 Hakone Edition turut menampilkan spoiler belakang berwarna hitam dan rim bersaiz 17 inci dalam kemasan gangsa.



Pada bahagian dalam, pemilik akan mendapati upholsteri Alcantara berwarna hitam dan perang pada tempat duduk. Selain itu, jahitan perang pada perehat tangan, stereng, tuil gear dan brek tangan juga disertakan.

Sementara itu, panel pintu, pad lutut dan visor meter dihiasi dengan jahitan berwarna hitam. Lantai pula diperkemaskan dengan karpet premium lengkap dengan cetakan logo 86. Setiap pembeli model ini akan mendapat sarung kunci dan penutup folio.

Hakone Edition adalah berasaskan varian GT yang akan ditawarkan sebagai model 2020. Antara kelengkapan standard yang ada pada varian ini adalah lampu projektor LED, kemasan krom pada ekzos, penjana vortex pada dapra hadapan dan lampu kabus LED. Selain itu, stereng dengan butang kawalan untuk audio dan paparan pelbagai info (MID) juga turut disediakan.

Seperti yang dijangka, tiada perubahan dari segi aspek mekanikal. Enjin boxer 2.0-liter empat silinder yang disuap oleh sistem suntikan berkembar D-4S tersebut menjana 205hp dan 212Nm tork bagi varian manual, atau 200hp dan 205Nm tork bagi varian automatik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here