Siapa yang meragui keupayaan Marc Marquez mengemudi jentera dua roda? Dengan menunggang motosikal Honda, Marquez berjaya memenangi enam gelaran dunia sejak dia memulakan kerjaya pada tahun 2013.
Kemenangan Marquez itu membuatkan dia menerima pelbagai jenis hadiah. Ianya juga termasuk hadiah dalam bentuk kereta BMW percuma. Terdapat sekurang-kurangnya 7 kereta BMW percuma yang dihadiahkan kepada Marquez. Marilah kita lihat satu demi satu.
1.) BMW M6 Coupe
Pada usia 19 tahun, Marquez memenangi BMW M6 Coupe sebagai penghormatan kepada pencapaiannya sebagai qualifier of the year. Kereta itu mempunyai warna yang sangat gelap.
2.) BMW M4
Pada tahun 2014, Marquez kembali menjadi yang terbaik, kali ini dia diberikan sebuah kereta BMW M4.
3.) BMW M6 Convertible
Pada tahun 2015, walaupun tidak muncul juara (juara pada masa itu adalah Jorge Lorenzo, yang kontroversi kerana menurut Valentino Rossi, kemenangan Lorenzo dibantu oleh Marquez yang tidak mahu Rossi menang), Marquez masih dianggap terbaik.
M6 beratap terbuka ini menambah kepada koleksi kereta Marquez. Sebuah kereta yang sesuai untuk memandu di perkampungan Marquez di Valencia.
4.) BMW M2 Coupe
Pada tahun 2016, Marquez sekali lagi menjadi juara dunia, dan kali ini hadiahnya adalah BMW M2. Kereta ini adalah kereta yang mempunyai reka bentuk yang sporty dan dinamik mampu dipandu di litar lumba.
5.) BMW M4 CS
Pada tahun 2017, Marquez kembali mendapatkan kereta percuma dari BMW. Kali ini ia adalah kereta BMW M4 CS. Sebuah kereta yang boleh dianggap sebagai kereta siri M yang paling menarik dalam sejarahnya.
6.) BMW M3 CS
Pada 2018, Marquez mendapat satu lagi kereta BMW M Series melalui BMW M3 CS, sebuah kereta yang mempunyai lebih banyak pintu berbanding dengan M4 CS.
7. BMW X4 M Competition
Pada tahun 2019, bukan sedan sporty yang diperoleh Marquez, tetapi SUV BMW X4 M Competition.