Yamaha Lagenda 115Z versi GP Edition sempena pasukan pertama MotoGP Malaysia

5817

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan edisi istimewa Yamaha Lagenza 115Z GP Edition di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengenalan edisi istimewa ini adalah bersempena pasukan MotoGP pertama Malaysia, iaitu Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).



Jadi, apa yang menarik pada edisi istimewa Lagenda ini? Ia menerima cover set lengkap penuh dengan livery pasukan Petronas Yamaha SRT itu.

Rekaan livery ini mengambil inspirasi jentera Petronas Yamaha SRT YZR-M1 yang ditunggang oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo di MotoGP 2019.

Lain-lain pada Yamaha Lagenda ini masih sama seperti apa yang kita ketahui. Ia tetap menggunakan enjin 113.7cc SOHC dengan 10hp dan 9.9Nm tork dengan transmisi 4-kelajuan.

Legenda GP Edition ini dijual pada harga RM5,580 dan boleh mula dilihat di pengedar-pengedar Yamah berdekatan anda bermula pertengahan Disember ini.

Dengan setiap pembelian Yamaha Lagenda GP Edition ini, anda bukan sahaja dilindungi jaminan 2 tahun atau 20,000km, malah akan menerima sijil pemilikan khas yang diashkan oleh Yamaha.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here