Cub Prix Malaysia Petronas: Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing raih 4 gelaran

3415

Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing membuktikan keunggulan mereka apabila membolot empat gelaran pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir semalam. Pada perlumbaan pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang, pasukan itu memuktamadkan gelaran sebagai pasukan terbaik CP150, CP115 dan juara keseluruhan pelumba dalam dua kategori berkenaan.

Cub Prix Malaysia Petronas
Ahmad Afif Amran

Kejayaan pada Cub Prix Malaysia Petronas itu diraih menerusi juara bertahan kelas CP150, Ahmad Afif Amran yang mengutip 167 mata manakala Syukran Aizat Yusoff merangkul kejuaraan sulungnya dalam kelas CP115 dengan 176 mata.

Kecemerlangan dua pelumba berpengalaman itu sekali gus membantu Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul pasukan terbaik dengan mengungguli keseluruhan 10 saingan musim ini.



Cub Prix Malaysia Petronas
Syukran Aizat Yusoff

Pemilik pasukan itu, Che Ku Jonaidi Che Ku Sin menganggap pencapaian itu luar biasa. Ini  kerana mereka hanya menyasarkan dua gelaran kejuaraan.

Pencapaian itu turut mengulangi rekod yang pernah diraih PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada 2017.

Bagi kelas CP115, Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengutip keseluruhan 242 mata. Diikuti Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (225) dan Idemitsu Honda Yuzy Racing (129). Pasukan itu turut cemerlang dalam kelas CP150 dengan memungut 249 mata. Diikuti Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (228) dan Idemitsu Honda Yuzy Racing (188).

Dalam pada itu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Aliff Danial muncul juara keseluruhan bagi kelas Wira dengan mengumpul 145 mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here