Mitsubishi Triton Knight diperkenal untuk gaya lebih gagah

2842

Mitsubishi Triton telah diperkenal dalam satu versi baharu, iaitu Knight untuk gaya lebih gagah. Ia diasaskan dari varian Triton Adventure X dan terhad kepada 120 unit sahaja.

Berharga RM137,900 sama seperti Adventure X, Triton Knight ini hanya ditawarkan dalam warna eksklusif White Diamond dan disertakan dengan beberapa aksesori.



Untuk penampilan luaran, Triton Knight mendapat bampar depan dengan kemasan kelabu, pelindung hud depan, deflektor tingkap tepid an pelekat badan unik Knight.

Di dalam kabin, ia dilengkapi plat pemijak tepi khas dan karpet dengan tulisan Knight berserta jahitan merah.

Kelengkapan lain adalah serupa seperti Triton Adventure X, iaitu All Round Monitor (ARM), Driving Video Recorder (DVR), dan bar sports. Unit hiburan pula boleh dikawal dari skrin sesentuh 7-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Mitsubishi Triton Knight dipacu oleh enjin 2.4-liter MIVEC turbodiesel yang menjana 181hp dan 430Nm tork menggunakan teknologi Variable Valve Timing. Enjin ini dipadan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Ciri mekanikal lain adalah Super Select 4WD, mod pemanduan off-road, dan Hill-Descent Control.

Semua aksesori adalah percuma untuk masa terhad sahaja dan ia ditawarkan oleh pengedar sah Mitsubishi Motors. Ia turut dilindungi oleh jaminan 5 tahun atau 200,000km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here