HRC Thanks Day: Jorge Lorenzo ucap salam perpisahan untuk Repsol Honda

1614

Selepas menikmati tiga minggu bercuti di Bali, bekas pelumba MotoGP, Jorge Lorenzo menghadiri HRC Thanks Day. Sejak menyertai pasukan Repsol Honda, Lorenzo tidak menaiki podium sama sekali.

Malah untuk menamatkan perlumbaan di tempat 10 pelumba teratas juga sukar buat Jorge Lorenzo.



Mengalami kemerosotan prestasi, Lorenzo akhirnya membuat pengumuman yang mengejutkan iaitu persaraannya dalam MotoGP. HRC Thanks Day adalah acara tahunan untuk bahagian perlumbaan dalam institusi Honda.

Pada acara ini, Honda mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Bermula dari pemandu, mekanik, hingga ke penaja dalam musim 2019.

Jorge Lorenzo juga mengambil gambar dengan pelumba Honda Idemitsu LCR, Takaaki Nakagami.

Jorge Lorenzo mengambil gambar dengan pelumba Honda Idemitsu LCR, Takaaki Nakagami

Jorge Lorenzo juga sempat mengambil gambar dengan Pengarah Teknikal Honda Racing Corporation (HRC), Takeo Yokoyama.

HRC Thanks Day
Jorge Lorenzo juga mengambil gambar dengan Pengarah Teknikal Honda Racing Corporation (HRC), Takeo Yokoyama.

Sayang sekali, ini akan menjadi HRC Thanks Day yang terakhir untuk Lorenzo. Acara ini diadakan di Tokyo, Jepun.

Di samping itu, terdapat juga peringatan kenang-kenangan dari Yoshishige Nomura, presiden HRC kepada Lorenzo.

HRC Thanks Day

Perkara yang paling sedih ialah gambar terakhir Lorenzo dengan Honda RC213V telah dimuat naik ke akaun Twitternya.

“Mungkin ini adalah gambar terakhir saya dengan si cantik berambut merah (RC213V),” tulis Lorenzo di akaun Twitternya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here