Audi telah menaja Real Madrid sejak tahun 2003, dan untuk musim 2019-2020, mereka telah menyediakan satu barisan kenderaan baru yang akan digunakan oleh pemain Real Madrid dan jurulatih mereka, Zinedine Zidane.
Pemain Perancis yang berumur 47 tahun itu, yang bermain untuk Real Madrid antara tahun 2001 hingga tahun 2006, menjaringkan 37 gol, diberikan sebuah Audi RS3 Sportback bewarna hitam. Jentera ini juga dipilih oleh Karim Benzema dan Thibaut Courtois, yang masing-masing memilih warna putih dan kelabu.
Sergio Ramos akan memandu jentera A8 sekali lagi, manakala Vinicius Junior, Alvara Odriozola, Marco Asensio dan Marcelo Vieira memilih jentera A7 Sportback. Raphael Varane adalah satu-satunya pemain yang memilih SUV elektrik E-Tron, manakala tujuh pemain lain, termasuk Dani Carvajal, Lucas Vasquez, Toni Kroos, James Rodriguez, Eden Hazard, Fede Valverde dan Nacho Fernandez memilih SUV Q8 Coupe.
Model yang paling disukai adalah generasi baru Q7, yang akan dipandu pada musim ini oleh 11 pemain dari kelab bola sepak Sepanyol itu. Antaranya ialah, Brahim Diaz, Luka Jovic, Alphonse Areola, Mariano Diaz, Luka Modric, Eder Militao, Rodrygo Goes, Carlos Casemiro, Ferland Mendy, Gareth Bale dan Isco Alarcon.
“Teknik, kesukanan, keanggunan, ketepatan. Nilai-nilai di mana hubungan kejayaan yang dicapai oleh Audi dan Real Madrid sejak Julai 2003 adalah biasa di dunia kereta dan sukan. Dan ia masih diteruskan enam belas tahun kemudian,” kata Audi. “Sejak perjanjian penajaan pertama ditandatangani, setiap musim pemain kelab menggunakan kenderaan jenama ini untuk perjalanan mereka. Dan kini mereka baru menerima kunci kereta baru mereka.”