Kereta keluaran dari Jepun menguasai lebih separuh pasaran automotif di Amerika Syarikat pada tahun 2019. Data statistik yang diterbitkan oleh Focus2Move, 6 daripada 10 kereta adalah dari Jepun yang paling laris dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2019.
Toyota RAV4
Generasi terbaru Toyota RAV4 mempunyai reka bentuk yang lebih menarik dan kelihatan unggul. Sistem hibrid juga disertakan untuk pilihan rangkaian kuasanya. RAV4 dikuasakan oleh enjin 2.5L 4-silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Toyota berjaya menjual 406,000 unit RAV4 di Amerika Syarikat pada tahun ini dan menjadikan ia kereta dari Jepun yang paling laris dijual.
Honda CR-V
Kabin yang luas, penjimatan minyak, pengendalian yang fleksibel dan banyak ciri keselamatan menjadi senjata Honda CR-V terbaru di Amerika Syarikat. SUV ini dilengkapi dengan enjin turbocharged 1.5L dengan penggunaan bahan api rata-rata 8.4 liter untuk 100 kilometer. Sepanjang tahun 2019, jumlah Honda CR-V yang dijual adalah 348,000 unit di pasaran Amerika Syarikat.
Nissan Rogue
Model terbaru ini dilengkapi dengan enjin 2.5L 4-silinder dengan kotak gear CVT dan sistem pacuan semua roda (all wheel drive). Kereta ini dijual sebanyak 323,000 unit di Amerika Syarikat pada tahun 2019.
Toyota Camry
Toyota Camry dijual sebanyak 310,000 unit di Amerika Syarikat pada tahun 2019. Terdapat beberapa pilihan enjin, iaitu 2.5L 4-silinder dan 3.5L V6. Enjin digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
Honda Civic
Terdapat tiga versi Honda Civic yang dijual di pasaran Amerika, iaitu Sport, High Performance, dan Type R selain versi standard. Honda Civic telah dijual sebanyak 302,000 unit pada tahun ini. Versi standard dilengkapi dengan enjin turbo 2.0L dan 1.5L sebagai pilihan dengan transmiai CVT.
Toyota Corolla
Edisi terbaru Toyota Corolla direka untuk penggunaan bahan api yang lebih ekonomik. Pengeluar kereta dari Jepun ini juga banyak melakukan naik taraf untuk Corolla. Toyota Corolla di Amerika Syarikat dijual sebanyak 281,000 unit pada yahun 2019.