Setahun selepas memperkenalkan generasi terbaru, Porsche hentikan pengeluaran dan tidak lagi akan menghasilkan generasi 991.
Jentera terakhir siri ini ialah Porsche 911 Speedster. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 4.0 liter flat-six naturally aspirated yang berupaya menghasilkan 502hp dan 469Nm tork.
Porsche 911 menjadi kereta sport paling laris di Jerman. 911 Speedster juga menandakan jentera ini yang telah dihasilkan sebanyak 233,540 unit.
“Generasi 911 khususnya menyediakan standard baru untuk prestasi dan kecekapan,” kata ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan, Michael Steiner.
Porsche pertama kali mengeluarkan model 911 pada tahun 2011. Pada masa itu kereta sport ini mempunyai badan ringan yang diperbuat daripada campuran aluminium-keluli. Kemudian pada tahun 2012, Porsche Cabriolet diperkenalkan dan pada akhir tahun itu, Porsche Targa pula diperkenalkan.
Selain itu, siri terhad model berkenaan juga dilancarkan pada tahun 2013.
Tiga tahun kemudian, pada 2016, Porsche 911 R diperkenalkan sebagai penghormatan kepada generasi terdahulu pada tahun 1967. Ketika mencapai 1 juta unit, 911 diraikan dengan kehadiran Porsche 911 GT2 RS dan terus dengan kehadiran Porsche 911 Speedster pada ulang tahun ke-70 Porsche.
Dan kini, Porsche hentikan pengeluaran jentera menarik yang diminati oleh semua orang ini. Semoga model seterusnya yang dihasilkan, akan memberi kesan mendalam kepada peminat di seluruh dunia seperti mana edisi Porsche 911.