MAXOC Midnight 2019 himpun pemilik Perodua Axia, padat dengan aktiviti!

7720

MAXOC Midnight 2019 telah diadakan pada 7 Disember lepas di roof top AEON Big Mall, Alor Setar Kedah.

Acara yang juga merupakan TT tahunan My Axia Owners Club (MAXOC) ini dianjurkan oleh Kikie Lala Motorsport dan MAXOC sendiri. Ia turut mendapat kerjasama dari Rock Bike Shop dan AEON Big Mall sendiri.



Untuk acara yang terbuka kepada semua pemilik Axia kali ini, ia bertemakan “Friendship and Show & Shine”, lebih kurang acara santai serta ala-ala autoshow.

MAXOC Midnight 2019 turut ditaja oleh AEON Big Mall Alor Setar, Prince Lubricants, Tom Stickers, Koyoko, Carroof Motorsport dan 888 Auto Care. Selain itu, ia mendapat sokongan dari pihak-pihak seperti GKKNK, GM Event Management, GKKU, GPU, KJ Modify dan San Slide Car Thailand.

Pertandingan utama dalam MAXOC Midnight 2019 adalah Go-Kart Competition dan Mini Autoshow khas untuk Axia.

Pertandingan go-kart adalah sangat bagus untuk menguji kecekapan pemandu di kawasan yang selamat dan menghindarkan dari pemanduan merbahaya di jalanraya awam. Mini Autoshow pula memberi peluang kepada pemilik-pemilik Axia untuk mempertontonkan kenderaan mereka yang telah dimodifikasi dan dikustom khas.

Kategori-kategori pertandingan lain termasuklah:

  • Best Detailing Car Care
  • Best Standard Car
  • Best Cutting Stickers
  • Best Printing Stickers
  • Best Bodykit
  • Best Rim
  • Best Audio
  • Best Engine Bay
  • Best Stance
  • Best Colour
  • Best 1 Subwoofer
  • Best 2 Subwoofers
  • Best Ayla
  • Best Agya
  • Best Audio Design

Kategori utama pula ialah Best of the Best Car Show yang menawarkan dua trofi, serta tiga permainan khas untuk kelab dan komuniti Perodua Axia.

Untuk piala MAXOC, kategorinya termasuklah:

  • Best Supporter (L) MAXOC
  • Best Supporter (P) MAXOC
  • Best State Leader MAXOC
  • Best Region MAXOC
  • Best of the Best Pilihan AEON Big
  • Best of the Best Pilihan Carroof Motorsport
  • Best of the Best Pilihan 888 Auto Care
  • Best of the Best Pilihan Kikie Lala Motorsport
  • Go-Kart Challenge

Lebih menghangatkan suasana, diadakan juga cabutan bertuah khas yang menawarkan 60 hadiah, antaranya:

  • Satu set rim Work Emotion XT7 17×7 PCD 100 JDM Super Chrome Limited
  • Antena Titanium Kikie Lala Motorsport Edition
  • Minyak enjin sintetik sepenuhnya dari Prince Lubricants
  • Tayar Trazano X5
  • Takata Matt
  • GReddy Hose Cover
  • Minyak enjin

Selain dari Motoqar sendiri, acara MAXOC Midnight kali ini turut mendapat liputan rakan-rakan media rasmi lain seperti Karhifi, Kaki Kereta, Careta, LTW Pictures, Media Motorsport, dan Ardell4Ride.

Teks/gambar oleh: Kikie Lala Motorsport, Art Media, dan Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here