Kerjaya Valentino Rossi ditentukan pada musim hadapan

1752

Kerjaya Valentino Rossi mula dipertimbangkan bersama dengan pasukan Yamaha, di mana dia memulakan kariernya bersama pasukan itu sejak tahun 2013, jika dia tidak dapat keputusan yang baik pada musim MotoGP 2020 yang akan datang.

Kerjaya Valentino Rossi

“Tahun depan akan menjadi sangat penting. Kontrak saya tamat pada penghujung tahun 2020, jadi saya harus segera memutuskan apa yang harus dilakukan, sama ada untuk meneruskan atau tidak,” kata Rossi.



Rossi menekankan bahawa keputusannya untuk bersama dengan Yamaha sangat bergantung kepada keputusannya pada tahun 2020. Tetapi tidak menyatakan sama ada dia akan bersara kerana tahun depan dia sudah menjangkau usia 41 tahun.

Kerjaya Valentino Rossi

“Secara logiknya, keputusan untuk meneruskan atau tidak, akan banyak bergantung pada keputusan. Kami telah membuat perubahan dalam pasukan (termasuk perubahan ketua kru), jadi kami akan melihat sama ada kami boleh menjadi lebih berdaya saing dan lebih cepat,” kata The Doctor.

Pada musim 2019, boleh dikatakan prestasi Rossi sangat buruk. Legenda perlumbaan MotoGP itu hanya berjaya menduduki kedudukan ketujuh dalam kedudukan akhir. Kalah kepada rakan sepasukan Maverick Vinales yang berada di kedudukan ketiga.

Kerjaya Valentino Rossi

Rossi juga kalah kepada rookie Petronas Yamaha, Fabio Quartararo yang berada di posisi kelima. Kerjaya Valentino Rossi bersama Yamaha akan diteruskan tetapi dengan syarat dia dan pasukannya dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik pada tahun 2020.

“Untuk memperbaharui (kontrak) kita mesti lebih kuat daripada tahun ini (2019). Jika tidak, lebih baik tidak memperbaharuinya,” kata Rossi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here