Saksikan Toyota Supra catat masa kurang 8 minit di Nurburgring

1837

Selepas memandu BMW Z4 M40i untuk hot lap di Nurburgring pada September 2018, Christian Gebhardt dari Sport Auto kini memandu pula kembar Z4 itu, iaitu Toyota Supra untuk catatan masa di litar sama.

Walaupun Bimmer itu menamatkan pusingan di Nurburgring dalam masa 7 minit 55.41 saat, Supra nampaknya 3 saat lebih pantas, melintasi garisan penamat dalam masa 7:52.17 sahaja.



Sebuah video onboard menunjukkan kereta sports lincah itu dengan panuh aksi melenjan setiap selekoh di Green Hell yang penuh mencabar.

Secara perbandingan, berapa baguskah Toyota Supra ini di Nurburgring? Sebenarnya catatan masanya adalah sama dengan BMW M2 Competition pada Oktober lepas, dengan 7:52.36.

Namun harus diingat catatan masa ini bukanlah angkar rasmi oleh pengeluar kerana Sport Auto merupakan badan media/penguji bebas.

Jika kita undur lagi masa, Sport Auto juga pernah memandu M3 GTS di sini pada 2013 dengan masa 7:48, M4 Coupe dan Aston Martin V12 Vantage S pula dengan masa hampir sama dengan Supra, iaitu 7:52.

Walaupun Christian Gebhardt seorang pemandu yang cukup berkemahiran, seorang pemandu kereta lumba profesional pasti boleh mengurangkan lagi catatan masa kereta-kereta ini selama beberapa saat.

Dan ini juga hanya model Toyota Supra asas, Toyota pernah mengumumkan bahawa akan ada versi yang lebih berkuasa selepas ini, berkemungkinan varian GRMN.

Jika anda belum saksikan video Toyota Supra ini di litar Top Gear dan dipandu oleh The Stig sendiri, anda boleh tonton di sini.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here