Rolls-Royce pamer kerusi RM206,320

1698
Rolls-Royce Motor Cars di London menjadi lokasi pilihan untuk mempamerkan sebuah kerusi keluaran syarikat DavidHugh Ltd. iaitu Elysium-R.
 
 
 
Hanya 18 unit kerusi dibina untuk pasaran dunia dan harganya bagi setiap satu ialah £38,000 (RM206,320). Rolls-Royce akan mempamerkan kerusi itu hingga 19 Januari ini di sebelah model Phantom.
 
Elysium adalah model kerusi berteknologi tinggi yang menafsir semula graviti dan membuatkan anda rasa seperti terapung di udara.
 
Elysium-R menggunakan material kulit aniline berwarna hitam daripada kulit lembu Sweden dipasang pada kerangka tapak krom tahan karat dan kerangka emas almond.
 
 
Ia membuat kerusi ini tampak lebih mewah selain sial kejuruteraan termaju pada komponen sambungan setiap sudut pada tempat duduk itu.
 
Elysium-R ada mekanisma terapung unik hasil kajian selama beberapa tahun dalam bidang kinetik kemanusiaan yang membenarkan anda bergerak seperti tiada berat badan. Faktor ini menjadikan tahap keselesaan kerusi ini sebagai barangan amat mewah.
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here