Jorge Lorenzo yang berjaya menambat hati pengurusan Honda Repsol akan menjadi pelumba untuk pasukan tersebut di musim perlumbaan MotoGP 2019.
Gandingan bersama jaguh MotoGP dunia, Marc Marquez,di jangka memperkukuhkan lagi kedudukan pasukan Honda Repsol sebagai Team No 1di perlumbaan MotoGp 2019 nanti.
Lorenzo di kabarkan telah menunggang uji jentera Honda yang di peruntukkan untuknya.
Menurut Lorenzo motosikal lumba Honda lebih selamat berbanding jentera Ducati. Beliau mengakui Honda RC213V yang diuji di litar Valencia dan Jerez, lebih kompak serta bersesuaian dengan gaya tunggangannya.
“Jentera Ducati yang saya gunakan pada musim lalu besar dan tinggi. Agak besar untuk saya. Sedangkan dimensi motosikal Honda lebih sesuai.
“Lebih selamat dan yakin apabila mengambil selekoh. Satu lagi perkara yang membuatkan saya rasa kagum ialah keupayaan pasukan Honda untuk memberi maklum balas dengan pantas terhadap cadangan saya,” kata Lorenzo yang mengenakan baju pasukan Honda Repsol buat pertama kalinya.
Hasilnya, beliau mendapat tangki minyak yang hampir 100 peratus mengikut kehendaknya.
Lorenzo mengkritik Ducati di musim lalu, kerana mengambil masa terlalu lama untuk mendengar dan bertindak atas komen yang diberikannya.