Tokyo Auto Salon 2019- Semua ‘cute’ model Daihatsu

2901

Menjelang petunjukan Tokyo Auto Salon pada minggu kedua Januari ini, Daihatsu bakal membawa kelainan dalam konsep rekaan terbarunya. Ia pastinya akan disukai oleh peminatnya.

Daihatsu akan membawakan tiga model yang seangkatan pada pertunjukan termasuklah, dua Mira hatchback dan minivan. Daihatsu Mira Totto Activ Ver bakal diserlahkan dengan warna biru lembut dan design yang bersesuaian dengan aktiviti lasak dan budaya hidup di bandar.



Manakala, Mira Tocot Elegant Ver pula dengan design yang lebih bersahaja menggunakan warna putih dengan rim yang tampak sporty.

Bersama dua model ini, Daihatsu Hatsune Miku Limited Package akan turut ditayangkan bagi memeriahkan suasana. Model ini menggunakan gabungan warna biru lembut dan putih untuk menaikkan serinya.

Selain itu, model van Thor Premiun, Boom Elegant dan dua jenis trak Hijet. Setiap satunya sudah diubah suai sebagai kenderaan untuk penyimpanan dan mempamerkan buah-buahan serta sayuran.

Buat pertama kalinya, Daihatsu akan mempamerkan Copen Coupe pada umum di Tokyo Auto Salon. Ia menggunakan bumbung plastik yang dikukuhkan dengan gentian karbon dan terhad 200 unit sahaja.

Walaupun semua model yang akan dipamerkan ini cute dan menarik, namun tidak terlawan dengan kereta lumba Daihatsu P5 dari 1968 yang telah dibaik pulih.

Jentera yang tampak menarik dengan gabungan kuning, merah dan putih pernah berjaya

peroleh tempat ke-3 dalam kejuaraan Grand Prix 1968 di Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here