Subaru tayang model ‘rare’ menerusi WRX STI S209

1551

Subaru akhirnya menjawab pertanyaan ramai dengan mengumumkan keluaran terbarunya. Syarikat berkenaan bakal mempertaruhkan WRX STI yang menggunakan lencana S209 yang bakal dilancarkan di Detroit, North American International Auto Show.

Model itu  model siri S pertama daripada Subaru Tecnica International yang boleh didapati di Amerika.



Namun, pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Subaru hanya berkenaan penggunaan lencana S209. Ia masih lagi menjadi satu tanda tanya semua pihak tentang ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat pada model ini seperti yang diperkatakan.

Daripada video pendedahan yang ditayangkan, menunjukkan S209 ini miliki badan yang kelihatan lebih agresif berbanding model lainnya.

Pada hadapan dan sudut kenderaan itu di lihat terdapat kepingan seperti splitter. Kelihatan juga dapra diperluas dan mempunyai corong udara di bahagian depan dan belakang kenderaan.

Spoilernya kelihatan besar ditambah dengan kepingan yang tampak menonjol bagi melengkapkan gaya.

Berdasarkan video itu juga, berkemungkinan S209 akan dilengkapkan dengan rim emas seperti yang terdapat pada model WRX untuk kelihatan lebih memberi keyakinan dan inspirasi.

Masih lagi tiada maklumat berkenaan bahagian teknikal yang digunakan pada S209 tapi kelihatannya seperti akan ada kelainan.

Pada siri S sebelumnya, enjin kenderaan dinaik taraf dan ditambah dengan turbocharger dan komponen dalaman yang seimbang.

Selain itu, pendakap sudah ditambah baik dan meningkatkan tahap kualiti pengendaliannya. Juga, dengan brek 18 inci daripada Brembo menambahkan ciri-ciri keselamatan dimana kenderaan itu boleh dikurangkan tahap kelajuannya dengan lebih cepat tanpa kesan sampingan.

Siri S209 ini mungkin akan didatangkan dalam jumlah yang terhad untuk mengekalkan ciri eksklusif seperti yang dilakukan pada model S206 dan S208 yang dikeluarkan dengan jumlah 300 unit serta 450 unit sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here