Bila Honda Supra bergabung dengan CRF

2712

Honda dari Filipina telah mengeluarkan sebuah motosikal dengan reka bentuk hasil gabungan Honda Supra dan CRF. Tidak banyak negara yang melakukan kelainan seperti yang dilakukan di Filipina. Peminat motor di Filipina ternyata punya idea tersendiri apabila melakukan kelainan dengan mengeluarkan motosikal yang menyerupai motor untuk perlumbaan.

Model Honda XRM125 DS ini ternyata miliki rupa seakan Honda CRF di bahagian hadapannya dan Honda Supra di belakang. Lampu hadapannya pula menyerupai bentuk dari lampu Honda CRF150 dan rupa keseluruhannya tidak ubah seperti yang berada di litar.

Honda XRM 125 DS

Pada bahagian belakang motor ini, kelihatan lebih lebar seperti CRF series. Dilengkapi dengan handguard dan mempunyai fender tinggi dibawah lampu, ia benar-benar seperti motor ini sedia untuk perlumbaan.



Honda XRM 125
Honda XRM 125 Motard

Pun begitu, Honda XRM125 DS masih merupakan yang terbaik dengan rekaan ekzos di bawah, tangki pada tempat duduk dan ruang bagasi kecil. Dari segi prestasinya, jentera ini menggunakan enjin 1.0 liter silinder SOHC 124.8 cc sejukan cecair, dengan 9.3 hp dan 10.4 Nm tork.

Harga jualan Honda XRM125 DS ini bernilai PHP66,900 atau RM5,262.36 pada nilai semasa. Harga yang ditawarkan ini ternyata lebih rendah berbanding model Honda XRM125 Motard.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here