Rancangan TV realiti Pulsar Dareventure yang diperkenalkan oleh Bajaj pada 2014 telah tiba di Malaysia. Program itu telah berjaya di Nepal, Peru dan Sri Lanka dan kini Malaysia akan menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara program itu dilancarkan untuk siri ini.
Penonton dan peminat yang suka bermotosikal boleh menonton Webseries lapan bahagian ini di saluran Youtube MODENAS bermula 8 Februari 2019. Lebih menarik, ia akan diserikan oleh pengacara yang juga seorang peminat motosikal yaitu Kiki (Nurul Alis Aidil Akhbar).
Rancangan realiti yang menguji daya fizikal dan mental ini disertai oleh 10 peserta yang telah dipilih dari seluruh negara. Kesemua peserta akan berentap melalui laluan mencabar menggunakan Modenas Pulsar NS200 dan pemenang akan membawa pulang hadiah sebuah motosikal Pulsar NS200 berserta wang tunai RM5,000.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Hj Abd Kadir berkata, “Kualiti pemasangan, daya tahan, pengendalian dan faktor keseronokan tunggangan telah menyebabkan Modenas Pulsar NS200 mendapat nama timangan ‘the adrenaline pumping beast’. Rekabentuk kukuh tangka minyak, transmisi 6-kelajuan dan rangka dari keluli mampat memberi suatu pecutan adrenalin kepada peserta yang menunggang sepanjang cabaran.”
Di akhir majlis pelancaran itu, kesemua para media dijemput menguji tunggang Modenas Pulsar NS200 di litar ujian Proton, Shah Alam dalam kawasan tertutup dan terkawal.