Pada 20-21 Januari ini, seramai 1.5 juta penganut Hindu dan pelancong dari merata tempat akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam. Festival itu akan dijalankan di Batu Caves, Kuala Lumpur.
Perkara sinonim dengan musim perayaan di Malaysia ialah kesesakan trafik. Pemandu yang bijak ialah pemandu yang merancang perjalanan mereka.
Waze telah berkongsi dengan kami ramalan mereka berkenaan waktu ideal dan kurang ideal untuk memandu di KL pada 20 dan 21 Januari ini. Maklumat ini adalah hasil pengumpulan data mereka tentang pergerakan trafik di Kuala Lumpur.
Untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan trafik, berikut adalah waktu ideal dan kurang ideal bagi kedua-dua hari:
20 Januari 2019
- Waktu ideal: 10-11 pagi
- Waktu kurang ideal: 7-11 petang
21 Januari 2019
- Waktu ideal: 4-5 pagi
- Waktu kurang ideal: 8-9 malam
Gunakan fungsi dalam aplikasi Waze
Pengguna boleh merancang perjalanan dengan lebih baik dengan menggunakan fungsi Planned Drive untuk mendapatkan waktu sesuai untuk bertolak ke Batu Caves atau mana-mana kawasan. Ia boleh diselaraskan pada calendar telefon untuk perancangan lebih baik.
Diharap tips ini membantu anda ketika di jalan raya nanti. Selamat memandu!