Johor International Bike Week 2019 di WOM

3065

Johor International Bike Week 2019, akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang,Johor pada 8,9 dan 10 Mac. Menurut naib pengerusi program Dato Jamal, tim promosi JIBW telah memulakan langkah mempromosikan program bermula dari bulan Dis 2018.

Tamat sahaja acara 1st Serian Bike Week nun jauh di Borneo, minggu kedua bulan Mac sekali lagi menyaksikan acara yang sama akan berlangsung di Selatan Semenanjung.



Jemputan resmi kepada grup/kelab motosikal di Indonesia,Brunei dan Singapura telah diadakan. 3 negara jiran tersebut merupakan sasaran terawal semenjak kempen promosi di mulakan.JIBW dianjurkan oleh Persatuan Permotoran Negeri Johor atau lebih di kenali sebagai “JOHOR BIKERS”.

Bermula 19 Jan,tim promosi JIBW melibatkan 31 buah motosikal bermula dari Johor Baharu akan menjelajah ke seluruh negeri di semenanjung  dalam misi mempromosikan JIBW 2019.

World Of Motions (WOM) yang bertempat di Layby 4,lebuhraya Damansara Puchong, merupakan destinasi persinggahan tim promosi JIBW 2019 bagi Kuala Lumpur dan Selangor.Hampir 200 pemilik motosikal berkuasa tinggi hadir.

Kaunter pendaftaran juga dibuka oleh tim promosi bagi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin mendaftar awal sebelum program bermula.

Menurut Dato Jamal,pendaftaran hanya dihadkan setakat 1,500 sahaja sekarang. Dan pihak penganjur akan memberikan info terkini jika ada sebarang perubahan.

Hadiah lumayan menanti pemenang cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal BMW G310R yang bernilai hampir Rm 30,000.Jadi rebutlah peluang dengan mendaftar secepat mungkin.Tahniah kepada “JOHOR BIKERS’  yang di terajui oleh Tn Hj Abd Rahim atau lebih mesra di panggil Hj Rock.

Kepada pemilik 2 roda yang ingin berjumpa dan mendaftar,sila rujuk jadual tim promosi JIBW 2019.

Jadual Tim Promosi JIBW 2019

Album Tim Promosi Johor International Bike Week 2019 2019 Di WOM

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here