Nissan GT-R ini gunakan badan gentian karbon sepenuhnya

2144

Sedar ataupun tidak, Nissan GT-R R35 telah berada di pasaran selama 11 tahun dan model ini masih dalam produksi. Namun, ia menerima pembaharuan hampir setiap tahun untuk memastikannya sentiasa kompetitif dalam pasaran.

Pada masa yang sama, sudah menjadi kelaziman untuk model prestasi dari Jepun dimodifikasi. Ya lah, tengok saja Evo, Silvia atau Civic. Berapa kerat sangat yang masih berada dalam spesifikasi kilang?



Begitu juga Nissan GT-R, walaupun harganya agak mahal berbanding kereta Jepun lain, itu tidak menjadi penghalang peminat dan pemiliknya untuk memodifikasi mengikut citarasa mereka.

GT-R yang ditampilkan ini menggunakan tema gentian karbon, iaitu keseluruhan panel badan diperbuat dari bahan yang ringan, keras dan mahal itu. Kesemua panel diimport terus dari Jepun.

Dengan semua penggunaan karbon ini, sebanyak 140 kg dapat ‘dibuang’ dari berat asal kira-kira 1,700 kg. Jumlah keseluruhan projek pengubah-suaiannya beranggaran pada USD60,000 (RM248,120) mengikut mata wang semasa.

140 kg mungkin tidak terasa banyak, namun percayalah, kereta ini pasti dapat membuat catatan masa di litar lebih pantas berbanding sebelumnya dengan berat asal. Atau anda cuba letakkan beban seberat 140 kg di but kereta anda dan rasai perbezaan pecutan dan brek.

Pada video yang dikongsikan, anda boleh mendengarkan bunyi ekzos yang sangat menarik pada minit ke 7:30. Yang paling menariknya adalah ianya juga diperbuat daripada gentian karbon.

Sesiapa sahaja boleh memasukkan enjin yang berkuasa 1,000hp, namun untuk mengurangkan berat badan yang boleh membaiki semua aspek dinamik bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here