(Video) Anda mungkin teruja melihat garaj individu ini

3014

Ramai individu mempunyai hobi yang tersendiri ada yang suka modifikasi kereta dan ada pula yang gemar menjalani restorasi kenderaan.

Bagi orang yang berkemampuan mereka lebih gemar mengumpul kereta unik seperti seorang individu berada di Bahrain.



Menerusi video Shmee150 memaparkan individu berkenaan memiliki 52 model kenderaan yang di simpan dalam garajnya termasuk LaFerrari, Porsche 918 Spyder, dan McLaren P1.

Selain model itu, beliau memiliki beberapa yang sangat-sangat unik yang sukar di jumpai di dunia. Seperti Mercedes CLK GTR, Maserati MC12 dan Porsche 911 GT1 (993).

Malah, turut tersimpan McLaren F1 yang menjadi kenderaan terpantas dibina setakat ini menggunakan enjin inspirasi biasa (NA).

Jika melihat video ini, anda mungkin terkejut apabila sebuah Ford GT40 yang tidak pernah dipandu, selain masih mempunyai pelekat pengeluaran pada cermin hadapannya.

Turut menghiasi garaj berkenaan kenderaan seperti Lamborghini Reventon, Hennessey Venom GT, Saleen S7, dan juga tidak ketinggalan Noble M600 serta Koenigsegg Agera RS.

Selain supercar, kereta-kereta yang kompak seperti Morris Mini Cooper dan Abarth 695 Tributo Ferrari ada tersimpan dalam garaj berkenaan.

Bagi melengkapkan koleksinya turut kelihatan Lamborghini Miura dan Jaguar E-Type yang merupakan kenderaan paling cantik dibina setakat ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here