Suzuki Ertiga bakal peroleh versi diesel, crossover

1492

Maruti Suzuki Ertiga merupakan kenderaan ketiga terlaris dalam segmennya di India walaupun ia baru dilancarkan. 1,755 unit telah diserahkan kepada pelanggan pada Disember 2018.

Setelah beberapa spekulasi, Maruti Suzuki juga telah mengesahkan bahawa Ertiga akan diberi pilihan enjin diesel baharu 1.5-liter. Ia akan ditawarkan pada sedan Ciaz sebelum ditawarkan kepada Ertiga.



Laporan mengatakan enjin itu akan menghasilkan 95 hp dan 225 Nm tork. Ini seterusnya akan memberikan kadar penggunaan bahan api sehingga 26km/L.

Menurut AutocarIndia, Ertiga akan turut menerima versi premium enam tempat duduk yang dinamakan crossover. Rekabentuknya tidak akan jauh berbeza dari Ertiga biasa, tetapi bahagian depan dan belakangnya akan diberi komponen baharu untuk nampak lebih rugged.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here