Bila dilihat kos penyelenggaraan sesebuah supercar, pernahkah anda terfikir apakah yang membuatkannya begitu mahal? Siap perlu masa sehari suntuk atau beberapa hari untuk penyelenggaraan biasa.
Selain dari harga alat-ganti yang mahal, kosnya juga merangkumi tahap kemahiran mekanik yang diperlukan dan proses yang terlibat. Kali ini, kita akan lihat aspek proses yang terlibat. Susah sangat ke? Bukan cabut drain plug, tukar penapis minyak, isi minyak dan periksa macam biasa?
Baru-baru ini, terdapat rakaman yang menunjukkan proses penukaran minyak hitam Lamborghini Huracan yang disewa oleh Royal Exotic Car Fleer, dan dirakamkan oleh pengurusnya, Jesse Tang.
“Kenderaan ini ternyata punya kelas tersendiri, jadi… kami tidak ingin merosakkannya” kata beliau. Makanya, Tang mengambil masa untuk melakukan prosesnya dengan lebih berhati-hati agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Pertamanya, perlu diketahui bahawa terdapat 8 drain plug (palam penuras minyak) pada bahagian bawah enjin dan kotak gear Lamborghini Huracan. Untuk menguruskan palam tersebut, perlulah mengalihkan 3 penutup yang mempunyai hampir 50 bolt.
Walaupun sebelum ke langkah seterusnya, anda pasti sudah merasakan cabarannya yang lain berbanding kenderaan biasa. Dan anda semestinya memerlukan seseorang yang berkemahiran untuk melakukannya.
Walaupun cabaran pada proses dan kosnya tidak setinggi hypercar seperti Bugatti Veyron, namun ianya masih diluar kebiasaan dan memerlukan mereka yang betul-betul mahir dan teliti. Selain kenderaan seperti ini, kereta lain yang kebiasaanya dimiliki oleh kebanyakan orang tidak memerlukan kemahiran yang begitu tinggi untuk melakukannya.