Volvo Car Malaysia catat pertumbuhan 35%

4208

Volvo Car Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 35 peratus pada tahun 2018 dengan 1,384 kenderaan diserahkan berbanding hanya 1,021 unit pada tahun 2017.

Untuk eksport Volvo Car Malaysia merekodkan pula, sebanyak 1,889 unit V40, XC40, S60, V60, XC60 dan XC90 dieksport ke Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam. Kesemua model ini dikeluarkan dari fasiliti syarikat itu di Shah Alam.



Pertumbuhan ini disumbangkan oleh pelan transformasi yang diketuai oleh pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

“Dari perspektif pelanggan, perubahan pertama dapat dilihat pada operasi jualan sedia ada kami ialah implementasi Volvo Retail Experience (VRE), suatu standard pengedar yang menyokong barisan produk kami dengan baik,” kata Stegland.

Volvo Service Agreement (VSA) juga telah dilancarkan pada 2018. Ia merupakan perjanjian servis yang merangkumi pakej komprehensif untuk penggantian alat ganti wear-and-tear. Volvo Service Agreement memberikan pemilik kebebasan untuk memilih diantara VSA 3 atau VSA 5 (pelan 3 atau 5 tahun).

Nalin Jain sebagai pengarah urusan baharu

Nalin Jain telah dilantik sebagai pengarah urusan baharu Volvo Car Malaysia menggantikan pengarah urusan pada masa ini, Lennart Stegland. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2019 nanti.

Sebelum ini, Jain merupakan ketua pegawai kewangan Volvo Auto India dan mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam automotif, perundingan dan teknologi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here