1st Jelajah Agrobank Capai Matlamat

3047

Jelajah 50 Tahun Agrobank merupakan kali pertama diadakan. 2019 merupakan tahun istimewa buat Agrobank kerana ia merupakan genap 50 tahun semenjak ditubuhkan pada 1 September 1969.Konvoi Jelajah merupakan program permulaan sempena sambutan ulangtahun.

Penyerahan Watikah oleh CEO kepada CHRO

Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank yang bermula dari Ibu pejabat Agrobank Kuala Lumpur menuju ke beberapa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Perjalanan telah bermula pada 24 Jan dan berakhir pada 30 Jan 2019.

Peserta jelajah Bergambar Kenangan sebelum mulakan perjalanan

Seramai 14 orang kakitangan Agrobank telah menyertai Konvoi tersebut. Jelajah Agrobank yang melakar sejarah dengan jarak perjalanan 1,555km.



Destinasi 1 – Agrobank Ipoh

Antara destinasi persinggahan Konvoi Jelajah 50 Tahun Agrobank ialah Perak,P.Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan berakhir di Pahang. 

Destinasi 2- Agrobank Butterworth

Bacaan Watikah daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank telah dibacakan oleh Ketua Jelajah iaitu En Joey di setiap cawangan di 7 destinasi itu.

Program CSR Di Pusat Jagaan Kasih-Kepala Batas

Program CSR  juga turut di adakan di pit stop Butterworth ,Kangar,Kuala Terengganu dan Kuantan.

Program CSR – Di Perlis

Syarikat Faiza Sdn Bhd iaitu rakan Strategik telah menyumbangkan hamper dan barangan keperluan serta wang tunai untuk di agihkan kepada 6 keluarga  dan  Pusat Jagaan Anak Yatim.

Pelepasan Di Agrobank Guar Cempedak

Peserta aktiviti ini juga berkesempatan singgah di cawangan Agrobank Guar Cempedak bagi memeriahkan lagi sambutan Program komuniti Agrobank di lokasi tersebut.

Penuh Berdsiplin – Di jambatan Kuala Besut

Dsiplin yang tinggi di tunjukkan oleh peserta konvoi, serta kecekapan ketua Konvoi Jelajah dalam mengendalikan konvoi cukup terpuji.

Petronas Kg Raja

Meskipun berkonvoi dengan pelbagai jenis motosikal, dari kapcai sehingga motosikal berkuasa tinggi namun sikap kerjasama dan setiakawan jelas terpampang sepanjang jelajah.

Sambutan di Agrobank – Jeli

Sekalung tahniah kepada Ketua Konvoi En Joey yang sentiasa di bantu oleh En Hasrul dalam memastikan keselamatan peserta serta pergerakan seperti yang dirancangkan.

Destinasi 4 – Agrobank Pasir Mas

Kepujian harus di berikan kepada setiap peserta jelajah meskipun ini merupakan pengalaman pertama, fokus pada arahan serta ketahanan fizikal dan mental, tunggak kejayaan Jelajah.

Kemeriahan sambutan konvoi Jelajah di Agrobank k.Terengganu

Bukannya suatu perkara yang mudah mengharungi 1,555km dengan motosikal dibawah 250cc,namun kesanggupan dan kesungguhan peserta membanggakan Agrobank.

Program CSR Di k.Terengganu

Sekaligus mencatat sejarah Sempena Ulangtahun Ke 50 Agrobank.

Sambutan Konvoi Jelajah di Agrobank – Kuantan

Tahniah Agrobank Bikers, Mengapai Tanggungjawab, Misi Tercapai dan Sejarah Tercatat.

Program CSR di Gambang – Kuantan

 

5 KOMEN

  1. Terbaik laa otai bro janggo.. tQ sebab tak lokek berkongsi ilmu tmasuk la di atas jalan raya, cornering dan sebagainya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here