Hafizh Syahrin – Teruja dengan warna baru motosikal

3677

Saya sangat teruja dengan warna baru. Saya fikir ia berbeza daripada orang lain di litar. Kami sebagai Red Bull KTM Tech3 adalah satu pasukan membawa beberapa warna baru ke litar, ” luahan Pelumba MotoGP Negara,Hafizh Syahrin.

Semua mata akan tertumpu pada Red Bull KTM Tech3 tahun ini dalam MotoGP, dan peminat diberi suatu kelainan, kerana pasukan itu melancarkan livery oren dan biru yang cantik.



Hafizh Syahrin turut hadir ketika pelancaran, beliau adalah pelumba Asia Tenggara pertama di MotoGP bermula tahun lalu.

Hafizh Syahrin yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada musim lalu, telah terpilih sebagai pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 musim ini bersama Miguel Oliveira.

“Saya tidak sabar untuk berada di litar dengan motosikal ini di Qatar. Ia kelihatan hebat dan saya rasa keseriannya akan bertambah di bawah sinaran lampu di padang pasir. Saya sangat gembira dengan warna ini dan tidak sabar untuk memulakan musim baru,” katanya.

Era baru Red Bull KTM Tech3 dijangka bersinar tahun ini, dan Hafizh Syahrin pasti tidak akan mensia-siakan peluang yang terhidang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here