Gempak Santai Modenas Meriah

2985

Bersesuaian dengan tajuk dan bila melihatkan suasana acara,jelas Modenas meraikan pemilik motosikal keluaran mereka dengan mengadakan Gempak Santai Modenas.

Dataran Morib,Banting semenjak dari awal pagi di penuhi kelibat pelbagai jenis motosikal keluaran Modenas.Dari kapcai sehingga keluaran terkini berbaris di kawasan parkir yang disediakan oleh penganjur.



Pelbagai aktiviti di sediakan oleh Modenas dalam meraikan pengunjung.Jumlah kehadiran dianggarkan 1000 orang.Idea yang cukup bernas bagi meraikan pemilik motosikal Modenas.Ini merupakan kali ke 2 diadakan.

Dominar 400,Pulsar RS200,Pulsar NS200,Skuter Elegan 250,Cruiser Jaguh dan KRISS.Ini lah model keluaran Modenas yang hadir bagi memeriahkan Gempak Santai Modenas.

Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan.Givi juga tidak ketinggalan dengan menyediakan bas dan juga memperagakan barang keluaran kepada pengunjung yang hadir.

Pemilik Modenas yang hadir juga berpeluang servis dan berkongsi masaalah tentang motosikal dengan pakar Modenas yang di bawa khas dari kilang.

Rata-rata pemilik yang di temui berpuashati dengan acara yang diadakan dan berharap semoga acara sebegini di teruskan lagi.

Hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal VT15 kustom menjadi rebutan pengunjung.

GIVI,Red Bull,Racing Boy,MotoNation dan Samurai 2K.

Tahniah Modenas dalam usaha meraikan pemilik Modenas di Semenanjung.Semoga acara sebegini dapat dipanjangkan lagi ke Sabah dan Sarawak.

Galeri 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here