Lagenda JDM terbiar usang ini akan buatkan naluri petrolhead anda sedih

4240

Jepun terkenal dengan kemajuan teknologi. Segala-galanya maju, baharu dan terkini. Kereta-kereta di sana juga bersih, baharu dan tiada karat yang menunjukkannya berusia.

Tetapi ini juga ada keburukan. Keburukan untuk sesetengah pihak sahaja sebenarnya. Purata umur kereta di Jepun adalah 5 hingga 6 tahun, dan kereta yang lebih lama akan dilupuskan. Anda memerlukan dokumen khas untuk terus menyimpan dan memiliki sesebuah kereta.



Inilah punca lambakan kereta yang terbiar usang dimakan usia dan cuaca. Tidak kiralah ianya Toyota AE86, Nissan Skyline, Mitsubishi Evo atau Toyota Celica, jika ianya tidak berbaloi untuk terus diperbaharui dokumennya, kereta-kereta ini akan dilupuskan. Jika tidak pun, ia akan dibiarkan terbengkalai.

Ada juga sesetengah darinya yang dihantar ke negara-negara berdekatan seperti Hong-Kong, Malaysia, Thailand dan Singapura. Tetapi ini kisah lain untuk hari lain.

Berikut adalah longgokan lagenda JDM yang terbiar yang baru kami jumpai. Menurut laman Facebook Old Japanese Cars, lokasi semua kereta ini adalah di Okayama-shi, Okayama.

Jemput enjoy galeri di bawah sambil bersedih dan berangan jika kita ada sumber dan ruang lebih untuk “membela” jentera-jentera ikonik ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here