BMW 8-Series hadir di Malaysia, GT mewah berharga RM1,088,800

2787

BMW Group Malaysia mengumumkan kehadiran BMW 8-Series, iaitu ahli baharu dalam barisan syarikat itu. Kereta GT mewah ini ditawarkan dalam satu varian tunggal M850i xDrive Coupe, dengan harga RM1,088,800.

BMW 8-Series ini dibangunkan di atas litar lumba untuk mencapai tahap kelincahan, kejituan dan penampilan tersendiri. Ia juga menampilkan struktur rekabentuk BMW EfficientLightweight.



Penampilan GT yang sporti

Rupa keseluruhan BMW 8-Series ini rendah, panjang, dan lebar. Di depan, terdapat gril “kidney” yang menjadi identiti BMW, yang diapit oleh BMW Laserlight yang tajam dan langsing.

Rekaan unik diteruskan ke bahagian sisi dengan permukaan dramatik yang mengalirkan udara yang keluar dari corong udara di fender kiri dan kanan. Lampu belakang pula adalah unit LED berbentuk trapezoid.

Dengan varian M850i, model GT ini menerima kemasan M yang menjadikannya lebih sporti. Ini termasuklah spoiler belakang M, brek M Sport 19-inci dengan angkup M berwarna biru dan roda aloi ringan 20-inci Y-spoke 728 M.

Kabin minimalis dan moden

Kokpit pemandu BMW M850i direka untuk mengutamakan pemandu dan disusun rapi. Tempat duduk standard adalah kulit Merino.

Namun untuk kemasan M, bahagian kabin dilengkapi tempat duduk kulit M, stereng kulit M, pakej M Sport meliputi siling anthracite, pedal M, tempat letak kaki M dan karpet istimewa.

Buat pertama kali, BMW 8-Series in mendapat ventilasi aktif bagi tempat duduk dimana udara sejuk disedut masuk dari ruang dalaman lalu dihalakan melalui badan kenderaan untuk tujuan pengawalan suhu secara efektif.

Enjin dan transmisi

Pengenalan BMW M850i xDrive Coupe juga menandakan perungkaian enjin V8 baharu. Ini berkapasiti 4.4-liter dengan turbo “twin-scroll ini datang dengan teknologi High Precision Injection, VALVETRONIC, Double-VANOS dan BMW M Performance TwinPower Turbo.

Ia mampu menghasilkan 530hp pada 5,500-6,000 rpm dan 750Nm tork pada 1,800-4,600 rpm. Ini memberikan 8-Series ini pecutan 0-100 km/j dalam 3.7 saat sahaja dan kelajuan maksima 250 km/j.

Untuk pengalaman pemanduan mengujakan, enjin ini juga dipadankan dengan sistem ekzos sport. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem pacuan xDrive dan transmisi Steptronic Sports Transmission dengan 8-kelajuan.

Casis teguh dan dinamik

Segalanya pada BMW 8-Series adalah untuk prestasi. Selain dari berat opmtima dan badan yang rendah, M850i dibina dengan suspensi double-wishbone di depan dan panel kukuh pada gandar belakang dengan tetapan fave-link.

Selain itu, Adaptive M Suspension dan Pengendalian Aktif Integral bekerjasama membantu mengurangkan lingkaran pembelokan di selekoh.

Teknologi keselamatan dan keselesaan

Dengan kuasa dan prestasi tinggi, BMW 8-Series ini dilengkapi ciri keselamatan termaju untuk memastikan segalanya terkawal. Antaranya Driving Assistant Professional yang merangkumi Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Collision and Pedestrian Warning, Crossing Traffic Warning, Emergency Stop Assistant, Lane Keeping Assistant dan Evasion Aid.

BMW Live Cockpit Professional ditawarkan secara standard dalam “The 8” yang merupakan paparan generasi terkini dengan skrin 12.3-inci serta Control Display 10.25-inci. Ia beroperasi menggunakan BMW Operating System 7.0 terbaharu.

Ciri lain adalah sistem navigasi adaptif, sistem multimedia dengan kapasiti 20GB, dua port USB, Bluetooth dan Wi-Fi.

Juga baharu pada BMW ialah BMW Intelligent Personal Assistant, iaitu fungsi arahan suara yang boleh diaktiftkan dengan sapaan “Hey BMW”. Pemandu boleh mengawal pelbagai fungsi kenderaan melalui cara ini. Uniknya, pemandu juga boleh memberikannya nama peribadi, sebagai contoh, “Hey Jamie”.

BMW M850i xDrive Coupe ditawarkan dengan enam warna; Carbon Black, Black Sapphire, Sonic Speed Blue, Barcelona Blue, Sunset Orange dan Mineral White. Ia turut ditawarkan dengan pakej pemilikan premium menyeluruh yang merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here