Nissan dan Mitsubishi bakal perkenal 4 “kei car” baharu

2111

Nissan Motor Co., Ltd. dan Mitsubishi Motors Corporation akan memperkenalkan empat kenderaan mini baharu di Jepun. Kerjasama ini adalah hasil dari gabungan mereka.

Pengeluaran Nissan Dayz, Nissan Dayz Highway Star, Mitsubishi eK wagon dan Mitsubishi eK X sudah bermula di Kilang Muzishima Mitsubishi di Kurashiki, Jepun. Untuk pertama kali, model-model ini akan ditawarkan dengan teknologi pemanduan autonomi yang direka untuk pemanduan satu lorong di lebuhraya.



Imej: Paultan.org

NMKV, iaitu usahasama dua syarikat itu menggabungkan teknologi termaju Nissan dengan pengalaman Mitsubishi menghasilkan kenderaan mini kepada kereta jenis wagon tinggi.

Model-model ini akan memberikan prestasi yang dipertingkat, pelantar, enjin dan trasnmisi yang dinaiktaraf. Rekabentuk juga adalah baharu sepenuhnya. Walaupun berkongsi komponen utama, model-model dua jenama terkemuka ini mengekalkan ciri jenama masing-masing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here