Yamaha NIKEN-Motosikal Sokongan Kejohanan Lumba Basikal

3488

Yamaha Niken di pilih secara rasmi menjadi motosikal sokongan untuk 3 Kejohanan Basikal Grand Tour. Yamaha telah menandatangani perjanjian di mana Niken sebagai motosikal sokongan rasmi untuk Tour de France, Giro d’Italia dan La Vuelta.

Penunggang motosikal Niken beroda tiga ini akan diberikan penugasan dengan pelbagai antaranya ialah bantuan perubatan, membawa alatan penukaran roda untuk penunggang basikal dan pengangkutan minuman. Mereka juga akan digunakan untuk peraturan perlumbaan.



Perjanjian selama tiga tahun dengan A.S.O dan RCS Sports, penyelenggara 3 Cycling Grand Tours, akan bermula dari 2019 hingga 2021.

Secara tidak langsung ianya memberikan publisiti dan lebih menonjolkan Yamaha Niken pada pada umum,ini kerana 3 Cycling Grand Tours merupakan kejohanan lumba basikal tersebut bertaraf dunia dan mendapat liputan meluas dari media massa.

Penampilan pertama mereka sebagai motosikal sokongan adalah di Strade Bianche di Itali pada 9 Mac, diikuti dengan acara Paris-Nice dari 10-17 Mac.

Presiden Yamaha Motor Europe, Eric de Seynes berkata: “Perjanjian baru ini dengan penganjur tiga kehohanan berbasikal paling berprestij di seluruh dunia adalah satu peluang yang sempurna untuk menunjukkan potensi besar jentera Niken kami.”

Ini merupakan peluang yang baik untuk Yamaha untuk membawa produk revolusionernya lebih dekat kepada orang ramai dan menunjukkan prestasi dan kebolehpercayaannya tidak kira kawasan atau keadaan.

“Saya benar-benar yakin Niken akan menyesuaikan diri dengan keperluan semua penunggang yang ditugaskan dengan tugas yang mencabar untuk menyokong acara sukan besar ini. ” tegas Eric de Seynes.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here