Retro Havoc 2019 menjanjikan sebuah Toyota Starlet KP61 yang telah direstorasi sepenuhnya oleh pasukan Retro Havoc sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
Hadiah-hadiah lain termasuklah tiket penerbangan ke Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, satu set rim Atara Racing Wheel dan lima lagi hadiah istimewa.
Pengumuman itu dibuat di satu majlis sidang media Retro Havoc 2019 yang akan turut disokong oleh PEKEMA (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia).
Retro Havoc 2019 akan dianjurkan di Kompleks BRT Sunway pada 30 Mac ini dari jam 9pagi hingga 9malam.
Tiket masuk adalah RM10 untuk setiap orang. Pembelian setiap tiket melayakkan anda untuk satu penyertaan cabutan bertuah.
Retro Havoc kali ini juga akan menampilkan lapan orang tetamu istimewa:
- Daijiro Inada (Option Magazine Japan, D1GP)
- Shoji Inoue (Starroad Japan, Glowstar Wheel Design)
- Akira Iida (pemandu rasmi Toyota Gazoo Racing Lexus GT3)
- Ron Celestine (Speedhunters.com, Tokyo Tuner)
- Ichiraku Toshiya (1048 Japan, Kamiwaza Japan)
- Lulut Retro (Kustomfest Indonesia)
- Classicracer Team (Hong Kong)
- Jeiven T. Perez (Sushi Factory Philippines)
Untuk maklumat lanjut, lawati laman Instagram @retrohavocofficial.