Biasanya, berapa jauhkah road trip yang anda pernah buat? Ajak kawan ke Penang hujung minggu untuk mencari Char Kuey Teow? Atau pergi Melaka balik hari semata-mata mengidam coconut shake di Pantai Klebang?
Namun tidak bagi saudara kita, Hadry. Dia akan melakukan satu road trip paling epik ke Eropah. Ya, melalui jalan darat.
Jentera dipilih? Bukanlah sebuah kereta sedan selesa dan empuk, tetapi sebuah Toyota AE86 Trueno.
Perjalanan itu akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan diteruskan ke empat lagi litar lumba lain iaitu Buriram (Thailand), Silverstone (UK), Nurburgring (Jerman) dan Spa-Francorchamps (Belgium).
Road trip idaman petrolhead ini bukan sahaja akan menguji ketahanan Toyota AE86 ini untuk perjalanan jauh, malah kemampuannya untuk beraksi di litar lumba.
Persediaan
Sudah tentu pemaduan sebegini memerlukan persedian rapi dari pelbagai segi. Hadry telah melakukan kajian untuk laluan perjalanan selama berbulan, dan dalam proses mempersiapkan AE86-nya.
Toyota AE86 itu menggunakan enjin asal sepenuhnya. Hanya penambahan minima dilakukan pada kereta itu. Ini termasuklah sistem penyejukan baharu, suspensi, brek dan tayar. Selebihnya adalah “stok kilang”!
Pada 31 Mac ini, AE86 ini akan diuji oleh Akira Iida, pemandu rasmi Toyota Gazoo Racing dari Jepun. Ujian yang akan dilakukan di SIC itu akan menentukan sejauh mana tahap kesiap-siagaan kereta Hadry untuk road trip itu. Hadry dan krew juga akan mengambil kira sebarang maklum balas oleh Akira pada sesi ujian nanti.
Sokongan
Dari segi sokongan semasa perjalanan nanti, AE86 milik Hadry akan diiringi oleh van Toyota Hiace sebagai sokongan teknikal.
Perjalanan ini dijangka bermula awal 2020. Nantikan kemaskini apabila kami mempunyai meklumat lanjut dan perkembangan The Grand Tour ini.