Yamaha Y15ZR 2019 bakal dilancar? Akan dipertonton di Cub Prix Melaka

5689

Yamaha Exciter 150 facelift telah dilancar di Thailand bulan lepas, adakah ini bermakna Yamaha Y15ZR v2 akan dilancarkan juga di Malaysia?

Semakan di laman web Yamaha Malaysia seakan mengesahkan persoalan ini. Paling penting, Yamaha juga akan mempertontonkan sebuah motosikal di acara Cub Prix di Jasin, Melaka pada hujung minggu ini.



Kami rasakan ianya Y15ZR versi 2019.

Di Thailand, empat pilihan warna ditawarkan untuk kembar Y15ZR itu termasuklah merah, biru, hitam dan edisi khas konsep Movistar.

Exciter 150 facelift itu diberikan ciri baharu seperti:

  • Perumah lampu LED
  • Meter kelajuan LED sepenuhnya
  • Kunci dengan kawalan jauh
  • Lampu belakang rekaan baharu
  • Rim 17-inci dengan tayar 70/80

Spesifikasi Exciter 150 mungkin tidak begitu sama untuk jentera ini di Malaysia dan kami belum ada maklumat lanjut mengenai ini.

Nantikan kemaskini sebaik sahaja kami memperoleh info seterusnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here