Mana-mana perlumbaan sangat kompettif, terutamanya F1. Pelbagai teknologi F1 telah dilakukan untuk memastikan kereta mereka tamat dahulu di garisan penamat.
Tetapi “helah” terbaik yang boleh dilakukan adalah yang tidak melanggar undang-undang. Sebaliknya, “helah” ini sekadar membengkokkan undang-undang menggunakan kekosongan pada teknologi.
Berikut adalah 10 contoh teknologi F1 :
10) Damper jisim Renault (2005)
Renault tidak mahu kereta mereka bergerak terlalu banyak secara menegak. Renault mula menggunakan damper ini sebelum pasukan lain mengikutinya.
Ia adalah pemberat yang digantung dengan spring hidraulik di muncung depan (dan ada di belakang juga) kereta yang melawan lantunan casis. Jika muncung kereta terlantun ke atas, pemberat itu akan bergerak ke bawah, dan sebaliknya. Ia membantu kereta kekal rata dan stabil.
Teknologi ini diharamkan kerana ia merupakan “kepingan aerodinamik bergerak” walaupun ianya dipasang di dalam kereta dan tiada kesan pada aerodinamik…
9) Saluran-F McLaren (2010)
Saluran-F ini sangat bijak. Satu lubang kecil di depan kokpit memberikan mereka kelajuan lebih tinggi di laluan lurus dengan menyalurkan udara untuk membantutkan sayap belakang. Menggunakan kesan bendalir tidak-linear untuk mengubah aliran udara ini sangat bijak sehinggakan FIA meluluskannya.
Teknologi ini jugalah yang mempelopori DRS seperti yang dikenali hari ini.
8) Enjin turbo BMW (1986)
Semua pasukan pada masa itu meletakkan enjin turbo mereka ke tahap ekstrem untuk pusingan kelayakan. Namun hanya BMW yang berjaya mencapai hampir 1,500 hp dari enjin 1.5-liter.
Bagaimana? Tiada had enjin pada masa itu, maka tidak mengapa untuk memecahkan enjin selepas melengkapkan hanya empat pusingan. Empat pusingan yang sangat pantas.
7) Brek ringan sejukan cecair oleh Tyrrell (1984)
Kereta Formula Satu harus mencapai berat minimum untuk keselamatan dan prestasi. Tyrrell menemui cara untuk menjadikan kereta mereka lebih ringan dan pantas di litar.
Kereta pasukan Tyrrell pada 1984 secara asasnya berlumba di bawah berat minimum dengan meletakkan sistem suntikan air yang diisi dengan 2 gelen air bagi mencapai berat minimum untuk pemeriksaan selepas perlumbaan.
Ia satu solusi sangat bijak dengan Tyrrell bukanlah satu pasukan yang begitu kaya dan kereta mereka juga antara beberapa kereta tanpa turbo pada masa itu.
6) Diffuser berkembar Brawn (2009)
Undang-undang Formula Satu menyatakan diffuser belakang hanya boleh dibentuk besar, tetapi Brawn GP berjaya membentuk keseluruhan kereta untuk menjadikan seolah-olah terdapat kawasan diffuser dua tingkat.
Pasukan lain memprotes mengatakan ianya haram, namun ia sangat efektif dan menjadikan Brawn juara.
5) CVT Williams (1993)
Williams bukan sahaja menggunakan suspensi aktif, mereka juga menjadi perintis CVT. Ini membantu Williams menjimatkan hampir satu saat catatan masa setiap pusingan.
Pertama, pertukaran gear 0.050 saat. Kedua, anda sentiasa di dalam nisbah gear yang betul untuk memberikan kuasa maksima setiap masa. Walaupun dengan 7 atau 8 gear, anda tidak akan memperoleh 100 peratus kuasa pada setiap masa. CVT membantu pada aspek ini.
4) Lotus casis berkembar (1981)
DOWNFORCE, DOWNFORCE, DOWNFORCE! Inilah yang Wikipedia akan katakana mengenai Lotus 88. Ia menggunakan sistem bijak dengan mempunyai casis berkembar, satu casis di dalam satu lagi.
Casis dalam memegang kokpit dan di-spring secara bebas dari casis luar, yang direka untuk menampung tekanan dari ground effect.
Casis luar tidak mempunyai sebarang sayap, jadi ground effect bermula di belakang muncung kereta hingga ke dalam roda belakang, seterusnya menghasilkan downforce downforce yang tinggi.
3) Brek belakang McLaren (1997)
MP4/12 mempunyai satu pedal tambahan. McLaren berjaya menghapuskan understeer dan wheelspin di mana-mana selekoh dengan agak cekap sehingga jurukamera Darren Heath terjumpa helah itu.
2) Traction control Benetton (1994)
Kita tidak tahu sama ada Michael Schumacher memulakan kariernya dengan menipu atau tidak. Tetapi apa yang kita tahu, teknologi F1 ada pada masa itu, dan perisiannya juga ada.
1) Kereta kipas Brabham (1978)
Direka oleh Gordon Murray, Brabham BT46 “tersedut” ke tanah dengan kipas besar yang dipasang di belakang kereta itu.
Pemandu-pemandu lain melaporkan kipas itu melontarkan batu-batu dari litar dan “menembaknya” ke kereta yang mengekori di belakang. Ia menang perlumbaan pertamanya, dan patut menang banyak lagi perlumbaan, namun Brabham setuju untuk menggugurkan teknologi itu setelah berbulan-bulan pembangunan.