Bukti jelas hanya untuk penyejukan tayar – Ducati

1317

Bukti sudah jelas “Peranti” yang kami pasang hanya menyejukkan tayar.

Kami tidak berminat politik dalam sukan permotoran. Flavio Farroni dengan serius menegaskan tentang bantahan dari empat pasukan premium berkenaan isu peranti yang dipasang pada jentera MotoGP Ducati. Flavio Farroni ialah Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas Mega Ride



Kontroversi yang mengheret sehingga ke Mahkamah Rayuan MotoGP berakhir dengan keputusan memihak kepada Ducati. Bantahan dari empat pasukan premium telah di tolak oleh Mahkamah Rayuan MotoGP.

Ducati berjaya mengukuhkan lagi bukti berikutan laporan teknikal oleh MegaRide, sebuah syarikat Itali yang bekerjasama dengan kilang Ducati berkenaan Termodinamik masa sebenar tayar.

“Kami juruteknik dan ahli akademik, bekerja di makmal dan aktiviti pemodelan,” itu antara yang diucapkan oleh Farroni. Beliau mewakili syarikat Megaride sebagai saksi kepada rakan kongsi mereka iaitu Ducati sepanjang Mahkamah Rayuan MotoGP bersidang.

Farroni berkata, mereka dapat membuktikan bahawa peranti itu dibangunkan untuk menghasilkan fluks penyejukan membolehkan tayar berfungsi dalam julat yang optimum.

“Memalukan bila mendaengarkan keputusan ini, kami terpaksa menghabiskan masa dan wang dengan peguam serta mendedahkan kepada empat pasukan yang membantah isu pemahaman kami mengenai penyejukan tayar.”

Demikan kata-kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali selepas Mahkamah Rayuan MotoGP menolak bantahan oleh empat saingannya perihal spoiler swingarm yang dipasang.

Secara automatik Andre Dovizioso kekal sebagai pemenang MotoGP Qatar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here