Adui ramai betul orang yang datang,saya belum pernah tengok acara permotoran sebegini ramai pengunjungnya” itu kata-kata Azri, vendor dari Kuching,Sarawak yang baru pertama kali datang ke Terengganu Bike Week. Azri merupakan satu-satunya vendor dari Borneo yang berniaga di acara tersebut.
Susunan acara perhimpunan motosikal di seluruh Malaysia begitu cantik pada bulan Mac.Di mulai dengan 1st Serian International Bike Week ,Johor International Bike Week,Kedah International Bike Week dan Terengganu Bike Week penutup tirai.
Motoqar telah diberi mandat untuk membuat liputan bagi keempat acara tersebut. Setiap penganjur mempunyai kekuatan tersendiri,baik dari segi promosi,jemputan dan aturcara yang disusunatur demi kepuasan pengunjung.
Dapat diperhatikan,setiap penganjur acara telah menerapkan unsur pelancongan.Ini satu idea yang bernas,terdapat satu ruang dalam mempromosikan lokasi menarik yang bakal mengamit kembali pemilik motosikal terutama dari luar untuk berkunjung semula.
Penganjuran kali ke 8 oleh Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu(PGPNT) bermula 29 mac dan berakhir pada 31 mac lalu.TBW 2019, menerima tetamu istimewa dari Negara Gajah Putih iaitu Gabenur Phatalung,Mr Kukiat Wongkraput dan isteri beserta rombongan seramai 60 orang.
Kolaborasi
Kolaborasi antara PGPNT dengan Jabatan Pelancungan Negeri Terengganu telah membuahkan hasil yang menaikkan martabat TBW 2019.Tidak dinafikan kehadiran pemilik motosikal ke TBW2019 melebihi dari tahun sebelumnya.
Julungkalinya seramai 10 orang pemilik motosikal dari Brunei,7 orang dari Indonesia,4 orang dari Vietnam dan 3 orang dari Filipina hadir ke TBW2019.Ini membuktikan acara TBW telah tersebar jauh ke selurh Asia Tenggara.
Seperti yang dijanjikan,TBW2019 telah memberikan satu kejutan kepada pemilik motosikal yang menyertai kunjungan ke Pulau Ketam.
Mereka telah di beri peluang menaiki bot penambang yang menyusuri Sungai Terengganu disamping melihat keindahan Masjid Kristal serta pelbagai tempat yang menarik persekitarannya.
Program Sembang Santai bersama penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus,merupakan satu lagi kejutan yang di tampilkan oleh penganjur TBW.
Seperti kebiasan kemunculan stunt dari KTM yang juga Jaguh Asia acara Supermotard iaitu Gabit memukau penonton dengan aksi stuntnya.
Majlis makan malam serta pelancaran TBW2019 telah di lakukan oleh wakil Menteri Besar Terengganu iaitu, En Ariffin Deraman,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Teknoloji negeri Terengganu.
Beberapa kejutan oleh penganjur di majlis makan malam tersebut anatarnya kehadiran Pengusaha Kosmetik Qu Puteh ,Dato Seri Vida(DSV), Anugerah Otai Bikers kepada Hj Abd Rahim(Hj Rock) Presiden Johor Bikers dan pelancaran rasmi ECMC MG yang diadakan di Duyong Marina & Resort.
TERENGGANUKU COMEL, bersesuaian dengan slogan maka acara sebegini harus di teruskan demi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Terengganu.Kerjasama dari kerajaan negeri didambakan dalam merelesasikan acara di tahun mendatang.
Kerjasama
Pelbagai pihak swasta turut menceriakan acara dengan penajaan antaranya ialah,BMW Motorad,Ck Motoworld,Iron Head MG,Double Site Marketing,AMR Cranes Services,GIVI.
Kerjasama dari pelbagai ajensi kerajaan iaitu PDRM,JPJ,ATM,Bomba,Kesihatan, MBKT, Syarikat Air Terengganu dan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan negeri Terengganu.
Tahniah kepada YAM TENGKU SRI TEMENGGONG RAJA,DATO SRI TENGKU BAHARUDDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL MUKTAFI BILLAH SHAH.
Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dan komiti TBW2019.
TBW2019 berhak di nobatkan Acara Perhimpunan Permotoran No 1 di Malaysia.Kehadiran pengunjung melebihi dari 50,000 orang.
Galeri TBW2019