Volkswagen Golf R Plus bakal mencabar Mercedes-AMG A45 2019

3365

Asalnya, Volkswagen Golf R Plus baharu sepatutnya dilancarkan pada Frankfurt Auto Show 2019 pada September nanti dan mula dijual pada Disember. Ia sebagai menyambut ulangtahun ke-45 Golf.

Namun, pelancaran itu ditangguhkan ke tahun depan. Berita baiknya, kita tidak perlu menunggu lama untuk GTi dan R lebih berkuasa hadir.



Menurut Carbuzz, Volkswagen sedang membangunkan varian tertinggi Golf R Plus yang akan diletak di atas Golf R dan bertanding secara terus dengan Mercedes-AMG A45 dan Audi RS3.

Golf R Plus ini diaspirasikan dari konsep Golf R400 yang dibatalkan. Volkswagen berkata Golf R400 akan menjadi terlalu mahal untuk dibeli dan dijaga.

Golf R Plus akan mendapat komponen dan teknologi dari R400 itu serta kereta lumba Golf TCR. Ia bakal mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam 3.9 saat dan mempunyai kelajuan maksima 280km/j.

Prestasi ini diberikan oleh enin 2.0-liter yang dibangunkan oleh Audi. Enjin ini menjana 380 hingga 400hp, dengan kuasa dihantar ke semua roda menggunakan DSG 7-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here